# Kenapa Programmer Perlu Menulis Blog

Sejak beberapa tahun ini, semakin ramai pelajar di Malaysia yang berminat untuk belajar *coding* atau *programming*. Antara sebab utama ramai yang berminat untuk belajar *coding* adalah peluang pekerjaan yang tinggi, kebolehan membina aplikasi sendiri, peluang kerjaya secara *freelancing,* dan banyak lagi. Memang tidak dinafikan, skill *programming* ni adalah satu skill yang sangat berharga dan mempunyai permintaan yang tinggi dalam industri.

Namun begitu, anda juga akan memperoleh pelbagai manfaat sekiranya anda mula menulis blog atau artikel sebagai seorang *software developer* atau pelajar sains komputer. Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 3 faktor, mengapa anda perlu mula menulis blog.

## Melatih Skill Komunikasi 🗣

![https://images.unsplash.com/photo-1531537571171-a707bf2683da?ixlib=rb-1.2.1&q=85&fm=jpg&crop=entropy&cs=srgb](https://images.unsplash.com/photo-1531537571171-a707bf2683da?ixlib=rb-1.2.1&q=85&fm=jpg&crop=entropy&cs=srgb)

Menulis artikel atau blog yang berkualiti bukanlah perkara yang mudah. Ianya memerlukan skill penulisan dan komunikasi yang tinggi. Menerangkan sesuatu perkara, terutamanya topik yang kompleks seperti *programming* memerlukan seseorang itu berkomunikasi dengan bahasa yang mudah difahami. Ini merupakan skill komunikasi yang penting untuk diasah oleh seorang *programmer* kerana tugas mereka bukanlah hanya untuk menulis *code* tetapi *programmer* juga perlu menyuarakan pendapat dan idea supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif.

Dalam sesebuah *Software Development team*, *programmer* perlu berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang dimana tidak semua orang akan memahami *jargon* atau *technical term* yang digunakan oleh *programmer*. Melalui penulisan artikel dan blog, ia membolehkan seseorang *programmer* itu melatih skill komunikasi mereka dengan lebih berkesan, lebih lebih lagi jika mereka konsistent menulis blog yang berkualiti.

## Belajar Dengan Mengajar 👨🏻‍🏫

![https://images.unsplash.com/photo-1605711285791-0219e80e43a3?ixlib=rb-1.2.1&q=85&fm=jpg&crop=entropy&cs=srgb](https://images.unsplash.com/photo-1605711285791-0219e80e43a3?ixlib=rb-1.2.1&q=85&fm=jpg&crop=entropy&cs=srgb)

Sebagai seorang *Software Developer*, anda pasti akan belajar perkara baru hampir setiap hari. Samada *programming language* baru, *library* baru, *framework* baru, atau konsep *programming* yang baru. Apa pun topik yang anda belajar, anda akan lebih memahami topik tersebut jika anda mengajar semula kepada orang lain.

Malah, konsep "Belajar Dengan Mengajar" boleh diimplementasi oleh sesiapa sahaja kerana anda perlu memahami perkara tersebut secara menyeluruh sebelum anda yakin dan boleh mengajar seseorang tentang sesuatu perkara.

*Blogging* merupakan salah satu platform yang sangat *accessible* untuk anda mengajar melalui penulisan. Zaman sekarang ni, sesiapa pun boleh *start* blogging dengan mudah samada di platform seperti *[Hashnode](https://hashnode.com/)* dan *[Medium](https://medium.com/),* ataupun di website anda sendiri jika anda mahir membangunkan sebuah website.

## Membina *Personal Branding* 👨🏻‍💻

![https://images.unsplash.com/photo-1489370603040-dc6c28a1d37a?ixlib=rb-1.2.1&q=85&fm=jpg&crop=entropy&cs=srgb](https://images.unsplash.com/photo-1489370603040-dc6c28a1d37a?ixlib=rb-1.2.1&q=85&fm=jpg&crop=entropy&cs=srgb)

Jika anda seorang pelajar sains komputer yang aktif di Twitter, saya pasti anda amat mengenali saudara [Omar Mokhtar](https://omvr.io/). Omar merupakan seorang *FullStack Software Developer* yang dikenali ramai melalui penulisan bebenang beliau di Twitter di mana beliau berkongsi tips dan pengalaman beliau berkaitan sains komputer, programming, dan tips belajar coding kepada *beginners*.

Populariti Omar bukanlah perkara yang berlaku secara tiba tiba, ramai yang mengenali beliau melalui Twitter apabila bebenang beliau di-*retweet* banyak kali oleh pengguna Twitter. Saya yakin saudara Omar sendiri tahu tentang perkara ini, dimana, dengan berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan topik *programming* dan sains komputer, ianya dapat menjadikan beliau berada di posisi yang dikenali orang sebagai *Software Developer* yang mahir dan berpengalaman.

Baru baru ini saudara Omar telah menulis sebuah ebook [Kitab FullStack](http://kitabfullstack.dev/) dan mendapat sambutan yang hangat. Penjualan Kitab FullStack itu merupakan bukti kejayaan *Personal Branding* beliau. Ramai yang membeli buku tersebut (termasuk saya haha) kerana beliau telah mendapat kepercayaan dan kredibiliti sebagai seorang yang berpengalaman.

Semua ini tidak akan terjadi jika Omar tidak bermula dengan menulis bebenang di Twitter secara percuma dan memberi *value* kepada orang ramai sebelum beliau melancarkan ebook pertama beliau.

## Konklusi
Tiga perkara yang dah saya terangkan tu adalah antara kelebihan yang saya ingin *highlight*-kan dalam artikel ni. Saya yakin jika anda *search "Why developers should start blogging"* di Google, anda akan jumpa lebih banyak artikel yang ditulis oleh *developers* dari pelbagai jenis latar belakang yang menerangkan dengan lebih terperinci tentang perkara ini.

Akhir kata, saya nak *recommend* satu video daripada *Traversy Media* yang bertajuk *["Why Developers Should Have a YouTube Channel"](https://youtu.be/oAoYFZvMQEs).* Walaupun dalam video tu beliau menerangkan tentang kenapa *Developers* perlu start YouTube Channel, tapi saya rasa ada beberapa *point* yang boleh dikaitkan dengan *blogging*. Itu sahaja dari saya dalam artikel ni, *thank you for reading!*
