Kenapa Programmer Perlu Menulis Blog

Search for a command to run...

No comments yet. Be the first to comment.
The best talent comes from referrals. So how do you convince people to share their referrals? You reward them with cash. Problem now, how do you avoid people sharing βreferralsβ mindlessly? You vet them. Reach out to your network, ask if they know s...
If you've faced this situation before, you might want to learn this. You're working on feature A at your work and suddenly you got a ping on Slack. "Please fix this bug, it's causing a critical bug in production that needs fixing ASAP!!!" You git st...
Before we start, please read the QRTs from both Edd and Mu'azh. They both have presented a great point about luck Keep working and grinding so that you're prepared to take advantage of luck when it comes. Me however, I'm here to share about how t...
Open the PDF file in Chromium-based browsers Print as PDF https://twitter.com/afrieirham_/status/1681196950715088897
If you're like me, you've probably heard this advice a lot, especially in the tech industry. "Go do more interviews, even especially if you're not actively looking." And they're right, here's why. You have higher leverage in negotiation when you're n...
Sejak beberapa tahun ini, semakin ramai pelajar di Malaysia yang berminat untuk belajar coding atau programming. Antara sebab utama ramai yang berminat untuk belajar coding adalah peluang pekerjaan yang tinggi, kebolehan membina aplikasi sendiri, peluang kerjaya secara freelancing, dan banyak lagi. Memang tidak dinafikan, skill programming ni adalah satu skill yang sangat berharga dan mempunyai permintaan yang tinggi dalam industri.
Namun begitu, anda juga akan memperoleh pelbagai manfaat sekiranya anda mula menulis blog atau artikel sebagai seorang software developer atau pelajar sains komputer. Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 3 faktor, mengapa anda perlu mula menulis blog.
Menulis artikel atau blog yang berkualiti bukanlah perkara yang mudah. Ianya memerlukan skill penulisan dan komunikasi yang tinggi. Menerangkan sesuatu perkara, terutamanya topik yang kompleks seperti programming memerlukan seseorang itu berkomunikasi dengan bahasa yang mudah difahami. Ini merupakan skill komunikasi yang penting untuk diasah oleh seorang programmer kerana tugas mereka bukanlah hanya untuk menulis code tetapi programmer juga perlu menyuarakan pendapat dan idea supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif.
Dalam sesebuah Software Development team, programmer perlu berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang dimana tidak semua orang akan memahami jargon atau technical term yang digunakan oleh programmer. Melalui penulisan artikel dan blog, ia membolehkan seseorang programmer itu melatih skill komunikasi mereka dengan lebih berkesan, lebih lebih lagi jika mereka konsistent menulis blog yang berkualiti.
Sebagai seorang Software Developer, anda pasti akan belajar perkara baru hampir setiap hari. Samada programming language baru, library baru, framework baru, atau konsep programming yang baru. Apa pun topik yang anda belajar, anda akan lebih memahami topik tersebut jika anda mengajar semula kepada orang lain.
Malah, konsep "Belajar Dengan Mengajar" boleh diimplementasi oleh sesiapa sahaja kerana anda perlu memahami perkara tersebut secara menyeluruh sebelum anda yakin dan boleh mengajar seseorang tentang sesuatu perkara.
Blogging merupakan salah satu platform yang sangat accessible untuk anda mengajar melalui penulisan. Zaman sekarang ni, sesiapa pun boleh start blogging dengan mudah samada di platform seperti Hashnode dan Medium, ataupun di website anda sendiri jika anda mahir membangunkan sebuah website.
Jika anda seorang pelajar sains komputer yang aktif di Twitter, saya pasti anda amat mengenali saudara Omar Mokhtar. Omar merupakan seorang FullStack Software Developer yang dikenali ramai melalui penulisan bebenang beliau di Twitter di mana beliau berkongsi tips dan pengalaman beliau berkaitan sains komputer, programming, dan tips belajar coding kepada beginners.
Populariti Omar bukanlah perkara yang berlaku secara tiba tiba, ramai yang mengenali beliau melalui Twitter apabila bebenang beliau di-retweet banyak kali oleh pengguna Twitter. Saya yakin saudara Omar sendiri tahu tentang perkara ini, dimana, dengan berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan topik programming dan sains komputer, ianya dapat menjadikan beliau berada di posisi yang dikenali orang sebagai Software Developer yang mahir dan berpengalaman.
Baru baru ini saudara Omar telah menulis sebuah ebook Kitab FullStack dan mendapat sambutan yang hangat. Penjualan Kitab FullStack itu merupakan bukti kejayaan Personal Branding beliau. Ramai yang membeli buku tersebut (termasuk saya haha) kerana beliau telah mendapat kepercayaan dan kredibiliti sebagai seorang yang berpengalaman.
Semua ini tidak akan terjadi jika Omar tidak bermula dengan menulis bebenang di Twitter secara percuma dan memberi value kepada orang ramai sebelum beliau melancarkan ebook pertama beliau.
Tiga perkara yang dah saya terangkan tu adalah antara kelebihan yang saya ingin highlight-kan dalam artikel ni. Saya yakin jika anda search "Why developers should start blogging" di Google, anda akan jumpa lebih banyak artikel yang ditulis oleh developers dari pelbagai jenis latar belakang yang menerangkan dengan lebih terperinci tentang perkara ini.
Akhir kata, saya nak recommend satu video daripada Traversy Media yang bertajuk "Why Developers Should Have a YouTube Channel". Walaupun dalam video tu beliau menerangkan tentang kenapa Developers perlu start YouTube Channel, tapi saya rasa ada beberapa point yang boleh dikaitkan dengan blogging. Itu sahaja dari saya dalam artikel ni, thank you for reading!